time to see

Friday, June 25, 2010

teratak hijau part 8

Part 8(CEDERA)

Petang itu selepas asar aku turun ke padang menjalani latihan ragbi untuk kejohan sekolah-sekolah vokasional..aku merupakan salah seorang wakil sekolah dalam sukan ragbi..petang itu latihan seperti biasa,lari sebanyak 20 pusingan,membuat rengangan dan mulakan latihan..”ok,kamu main di posisi lastback,kamu main posisi winger, dol,kamu pula main forward macam biasa”suruh cikgu hisham..cikgu hisham merupakan guru kelas aku dan juga jurulatih bagi pasukan ragbi sekolah ini..aku rapat dengan cikgu hisham kerana dia selalu mambantu aku dari segi pembelajaran dan juga sukan ragbi nih..latihan bermula ..aku rasa seronok bila dalam latihan atau permainan kerana segala masalah yang ada,aku ketepikan dan hanya memikirkan untuk tingkatkan lagi keupayaan aku bermain..petang itu membuatkan aku terpaksa berehat untuk beberapa hari atau minggu kerana semasa menjalani latihan tadi aku mengalami kecederaan yang agak teruk, hidung aku patah terkena rempuhan semasa di dalam permaianan,darah mengalir deras keluar dari kedua lubang hidung ku.. “kau ok tak dol?..dongakkan kepala kau,kalau tak darah makin banyak keluar”..pesan cikgu hisham yang sedang memandu laju keretanya pergi ke klinik..malam itu aku membuat panggilan kepada abah..aku menyatakan kejadian yang berlaku pada petang tadi..abah memesan supaya jangan mejalani latihan sehingga aku pulih..namun tiada sepatah ayat pun keluar dari mulut abah untuk datang melawat aku..hari berganti hari,lebih kurang seminggu juga aku tidak mengikuti latihan,kini keadaan aku semakin pulih dan dapat menjalani latihan seperti biasa.. pada latihan hari itu aku melihat seorang ayah datang melihat anaknya yang sedang berlatih, tapi abah?..hm aku hanya melihat dan teruskan latihan seperti biasa..

Monday, June 14, 2010

teratak hijau part 7

Part 7(HUKUMAN)

Eh, dol aku tak pernah nampak la mak ayah kau,tahun lepas ada tak mereka datang melawat kau?”..”tak pernah masa daftar dulu pun aku sorang je”..jawab aku ringkas..sesudah makan aku dan zam balik ke bilik masing-masing dan bersiap untuk turun ke bilik belajar membuat kerja sekolah..waktu begini sememangnya penghuni asrama ini akan turun ke bilik belajar untuk membuat kerja sekolah atau pun mengulang kaji kerana peraturan nya telah ditetapkan..belum sempat aku mengeluarkan buku dan alat tulis,perasaan mengantuk menyelubungi aku..angin kipas menyebabkan aku semakin selesa terus membuat kan aku terlena..”sapa yang tidur tu bangun,dan keluar sekarang!”..aduh warden datang ,nasib tak baik la nampaknya..dengan keaadaan mengantuk,aku dan beberapa lagi kawan yang tidur di bilik belajar terpaksa keluar..”macam biasa,ok?”kami yang tadinya tidur di bilik belajar sudah faham apa hukuman yang akan diberi oleh warden..hukuman yang terpaksa aku dan kawan-kawan lakukan ialah ‘tidur’, bukan dibilik belajar ataupun bilik tidur..tetapi di tengah gelanggang badminton tanpa pelindungan apa-apa dari terikan matahari sehinggalah waktu asar..matahari yang tengah tegak melangit sedikit awan pun tak melindungi kepanasannya..kalau macam tu siapa yang boleh tidur dalam keaadaan yang begitu,jadi terpaksa lah aku dengan yang lain-lain baring menahan panas bagai nak menggelegak otak ,apa yang membingbangkan lagi ialah keadaan warna kulit aku semakin gelap..”argghh tidak,hitam lah aku pasni” ..itulah hukuman yang akan dikenakan kepada sesiapa yang tidur di bilik belajar..”kau la nih,tak kejutkan aku”biasalah tu bila dah salah,mula nak salahkan kawan-kawan yang lain..

Monday, June 7, 2010

teratak hijau part 6

Part 6(SESI PENDAFTARAN)

Setahun berlalu,sekarang aku berada di tingkatan 5 dan menjadi senior..sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru bermula hari ini.. kelihatan suasana agak sibuk,semua guru terpaksa berkerja lebih hari ini..ibu bapa pelajar baru pula sibuk mengangkat barang-barang anak mereka masuk ke asrama,ada juga yang mengemaskan almari dan juga menyarungkan cadar pada katil,membiarkan anak mereka duduk dan melihat sahaja kerja-kerja yang sepatutnya anak mereka yang patut lakukan..aku dapat lihat, sebelum pulang mereka bersalaman dan si ibu menangis kerana mula pada hari itu si ibu akan jauh dengan anaknya..itu menandakan si ibu sayang pada anaknya.. suasana ini sama seperti tahun lepas semasa sesi pendaftaran aku.. semua ibu bapa bekelakuan sama seperti hari ini mengangkat, mengemas dan sebagainya.. tetapi tidak bagi aku.. pada tahun lepas aku mendaftar tanpa iringan emak dan abah..aku mendaftar seorang diri.. mengangkat,mengemas pun sendiri..aku tidak tahu bagaimana rasanya bila si ibu memeluk anaknya sehinggakan mengalir air mata pada hari itu..aku hanya duduk di birai katil dan melihat suasana yang sama seperti aku lihat pada hari ini..azan zohor telah berkumandang..langsung aku tinggalkan suasana tadi dan pergi ke surau menunaikan solat zohor..”hey dol,tunggu aku”..zam memanggil untuk pergi ke surau bersama..selesai solat aku dan zam terus ke dewan makan untuk mengisi perut yang kosong sejak pagi tadi..”dol,kau perasan tak tadi mak budak tu nangis,sebab nak tinggal kan anak dia kat asrama,hehe”..”ala kau pun sama jugak masa tahun lepas,bukan mak kau je yang nangis,dengan kau sekali pun nangis,takut kena tinggal”..sindir aku dan menyebabkan zam tersedak..”shh shh sudah kau nih,segan la aku bila budak lain tahu”..aku dan zam ketawa kerana menganggap perbualan tadi kelakar..”

Monday, May 31, 2010

teratak hijau part 5

Part 5(TERLINTAS)

Sampai di pondok bas, beberapa minit kemudian , bayangan bas kelihatan. Aku berdiri untuk menahan bas,tapi tidak aku jangka bas yang aku ingatkan tadi boleh membawaku ke Bandar,itu adalah bas kilang..”hampeh!”bisik hatiku. Aku kembali ke pondok bas..”hm bas pun boleh main-main kan aku”keluhan seorang penunggu bas seperti aku..tepat pukul 1200 bas yang aku tunggu tiba dan terus membawa para penumpangnya ke bandar.. sampai sahaja di bandar aku terus ke stesen bas yang aku maksudkan pada zam tadi..”oit dol! Aku kat sini”..suara zam memanggil aku..”jom la,aku da belikan tiket untuk kau nih,nanti kau bayar balik dekat aku”..memang kebiasaannya zam sampai di stesen bas dan mendahulukan wangnya untuk membeli tiket bas..”dah la,kau tercegat apa lagi,naik bas la,jap lagi bas nak gerak dah nih”..zam,selepas bersalaman dengan ibubapanya..aku hanya tersenyum melihat ibu bapa zam.. aku meletakan beg aku ke dalam perut bas,aku terus melangkahkan masuk ke dalam bas.. sebelum bas bertolak, aku lihat zam melambaikan tangan ke arah orang tuanya tadi.. dapat di lihat dari air muka kedua orang tua itu dalam keaadaan sedih kerana sungguh cepat terasa masa berlalu untuk mereka melepaskan rindu bersama anaknya semasa bercuti.. sedang aku asyik melihat kedua orang tua itu tadi..mata ku terlintas pandang dengan seorang tua berpakaian jubah lusuh melintasi belakang ibu bapa zam..namun aku tidak menghiraukan kehadiran orang tua itu.. bas mula bergerak dan terus menghilangkan pandangan ku dari kesibukkan di stesen bas.. kini sudah tiba masa yang aku selalu lakukan apabila berada di dalam bas.. aku membetulkan kedudukan supaya berada dalam keaadaan selesa..aku menoleh arah ke kanan dan kekiri melihat keaadaan sekeliling,dan sekarang masa yang sesuai untuk aku………TIDUR..

Sunday, May 23, 2010

hai kawan2 ^^"

selamat hari-hari encik/cik..
aku kat sini bukan nak jual ubat,jual perfume,bukak katalog..
bukan2..tu sume bukan kerja aku tu kerja org yang maen jual2 lah ye.
aku mari sini bukan nak mintak sedekah ke,mintak nasik korang ke ape ke..
tu sume orang yang malas nak kerja la tuh kalo cam uh kan..
insan yang baik datangnya dari hati yang suci, bersih dan teguh pendirian nya ye..
sikap pemalas dalam diri amat lah tidak di senangi oleh mane2 pihak pon
dan tidak akan mendapat "kap ba ra kap alip ta nun" iaitu keberkatan..
jangan sesekali bersikap tamak haloba..
kebiasaanya orang yang tamak ni akan selalu dapat lebih..
tapi tiada keberkatan ye..
ingat lah..bersikap tamak tu adalah rugi sebenarnya..
seperti satu peribahasa.." bagai anjing dengan tulangnya"
jangan korang jadi seperti anjing itu
sebab anjing tu adalah salah satu najis berat di sisi islam..
da elok2 jadi org nak jadi anjing buat ape an..
hesh, jauilah perkara2 yang mungkar tuh..
jika ade kesilapan atau kesalahan pada sesiapa..
segera lah meminta maap pada mereka..
dan pada mereka yang diperlakukan segera lah memaap kan si peminta maap..
oleh itu aku kat sini nak mintak maap kat korang
sebab aku xdapat nak 'upload' cerita "teratak hijau part 5 mingu nih..
ade kesesakan lalu lintas untuk aku meng 'upload'..
aku akan cube secepat yang mungkin untuk 'upload'
ehe..sori ea kawan..maap kan aku tau
^^"

Sunday, May 16, 2010

teratak hijau part 4

Part 4(ABAH dan EMAK)

Aku dapat pulang ke rumah ni hanya sebulan sekali,jarak antara sekolah dan rumah sejauh 90km..zam mengahantar mesej,memberitahu dia sudah bertolak dengan kedua ibu bapanya ke stesen bas..aku lihat jam di tangan menunjukkan pukul 1130..”adik,abah dengan emak mana?” aku tanya adik yang sedang membuat kerja sekolahnya..adik diam menandakan dia tidak tahu dimana kedua orang tuanya..aku mencari emak di dapur dan juga bilik basuh tetapi tidak ada..rupanya emak sedang lena kerana keletihan di bilik.. aku biarkan sahaja kerana tidak mahu meganggu.. tapi di mana pula abah,dari pagi aku tak nampak,setiap kali aku ingin balik ke asrama abah tidak pernah ada dirumah ..jam dah pukul 1200,waktu yang di janjikan dengan zam patut aku laksanakan..aku kebilik emak untuk memberitahu yang aku ingin balik ke asrama.. emak menghulurkan duit sebanyak RM30 untuk tambang bas dan pembelanjaan aku di asrama nanti dan sambung semula lenanya..selepas bersalam dengan emak aku terus bersiap-siap..adik yang sudah tahu aku ingin balik ke asrama berhenti seketika membuat kerja sekolah dan datang kepada aku..”abg nak balik dah ea?”..”a’ah,nanti kirimsalam dekat abah ea dik,cakap abg dah balik tau”aku megusap kepala dan bersalaman dengannya..adik tersenyum dan masuk ke dalam menyambung kerja rumahya..gerimis masih lagi tidak berhenti terpaksa berjalan kaki sejauh 100m di bawah gerimis kerana abg-abg aku semua kerja,tidak ada siapa yang boleh menghantar aku ke pondok bas..

Thursday, May 13, 2010

selamat pagi!!

Selamat pagi!! shedapnya tido sampai mimpikan die(RINDU ^^”).. bebudak kejut ajak kuar makan pon aku xsedar malam tadi..huh..apola bebudak nih xbangun lagi..tau la hari nih xde kelas..syok plak dowang bantai tido..yang aku nih dah terbangun awal pulak..biasanya ngan aku2 pun same cam dowang kol 11,12 nnti la baru bangun jawabnya..hurm ape nak buat ek pepagi gini, nak jogging?xde geng..nak buat sarapan?xde bahan makanan kat umah nih,gula pon xde nak wat air panas..teruk tol..nak men gitar?aduh pepagi men gitar? xmcam bising plak an..da xtau sangat nak wat ape..aku terus menaip yang ntahapeapentah nih..haha.. hurm nak sarap xde mende,nak kuar pepagi gini malas la pulak..nape la xde datang roti canai ngan the 0 panas begolek?..mmg la gile..mane ade the 0 panas datang begolek..kalo datang begolek kompom2 da tumpah..aku menaip nih di temankan dengan alunan lagu yang berjudul ‘sketsa sebuah cinta’..layan gak lagu nih..yelah orang cam aku nih kadang2 suke gak layan lagu2 rock klasik..feeling jerk bila dengar…nak2 pagi2 yang nyaman nih.. aku keluar jap amek udara pagi..fuhh!! segar gila(walaupun xmandi lagi)aku tegok langit,pokok,tanah,rumput burung2 terbang,kereta2 lalu lalang...syukur alhamdulillah pada yang MAHA ESA..kerana aku dapat bangun,menaip,mendengar,keluar rumah,trik nafas yang segar,melihat burung2 beterbangan dan kereta2 lalu lalang..aku dapat melihat kesebokan pagi..syukur ,kerana aku masih lagi dapat meneruskan penjalanan hidup aku hari seperti hari sebelum2 nih..ape yang aku tahu..teruskan hidup selagi ada nyawa..buat yang disuruh tinggal yang dilarang..hehe..aku cakap je pandai..kadang ade juga manusia seperti kita nih tidak dapat menikmati hari esoknya,itu kerana ALLAH telah menjemput nya telebih dahulu daripada kita dan ALLAH lebih menyayangi nya(hadiahkan al-fatihah pada yang sudah tiada)..bagi kita yang masih dapat menghirup udara segar di pagi hari.. bersyukur dan sentiasa bersyukur atas pemberian NYA..tamak,sombong,khianat,batu api jangan lah sesekali kita simpan di dalam diri ini..kerana sikap itu amat di murkai..tanamlah sikap pemurah peramah jujur,baik hati di dalam diri kita nih..semoga sepanjang hidup kita ini di berkati..setiap perbuatan kita ada pembalasan nya..sama ada di dunia ataupun di akhirat sana..syurga untuk yang mentaatiNYA,neraka untuk yang sebalikNYA itu lah janji ALLAH pada hambanya di muka bumi ini..eh, apsal aku rase cam ade air menitis kat kepala aku nih?..huh? gerimis..lariiii masuk dalam kang xmasal basah lappy aku nih..huhu.. ngah syok2 lepak bawah pokok rambutan nih gerimis pagi pun turun..tanda nak hujan nih..tapi tengok lah camne nanti..salah satu rahmat yang diturun kan oleh NYA kepada kita..”YA ALLAH sesungguhnya aku bersyukur atas rahmat dan pemberian Mu”..hurm..dah panjang lebar aku bebel nih..lagu penutup tirai bebelan aku nih berjudul ‘nafisa’..nyanyi sikit..”dikeheningan malam ini aku dihimpit kenangan sejarah cinta mengajarku sepanjang hari sepanjang malam” lalalala~~ da2 cukup jangan lelebih kang dari gerimis terus ke lebat pulak..salam ^^”


Sunday, May 9, 2010

teratak hijau part 3

Part 3(PULANG)

Abg, buat ape kat depan sorang-sorang,berangan la tu,masuk emak ajak sarapan tu”.. adik menegur aku yang dari tadi mengelamun tentang masa silam aku yang dah setahun berlalu..gerimis masih lagi tak berhenti..aku masuk ke dalam dan terus menuju ke dapur..”kau nak balik pukul berapa nanti?”tanya emak yang sedang membuat air..aku hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti lagi untuk balik ke asrama,aku di pindahkan ke sekolah vokasianal selepas kejadian tahun lepas..siap sarapan aku terus masuk ke bilik menukar pakaian..aku pergi ke kedai untuk beli barang-barang keperluan harian yang perlu aku bawa balik ke asrama,dengan menaiki kereta abah,kerana gerimis masih belum berhenti.. “RINGG RINGG!!” telefon bimbit aku berbunyi menanda kan ada orang menelefon aku..”dol,kau balik bila?,macam biasa la kita balik sama ok?” zam di talian,zam kawan satu sekolah dengan aku di teknik vokasional..”ha, yela pukul 1200 aku gerak dari rumah,kau tunggu dekat tempat biasa”jawab aku..tempat biasa itu ialah stesen bas yang memang biasa aku naiki bersama zam bila balik ke asrama.. zam kawan aku,aku kenal dia semasa di sekolah vokasianal tu kerana aku satu kelas dengan dia..jam di tangan aku menunjukkan pukul 1030,selesai aku membeli barang-barang keperluan,aku terus pulang ke rumah dan berkemas..”kau nak balik pukul berapa nih?”tiba-tiba emak masuk ke dalam bilik bertanyakan soalan yang sama pada aku semasa sarapan tadi..aku menyatakan aku balik pada 1200 dan terus bekemas..aku lihat adik berada di meja belajar menyiapkan kerja sekolahnya..selesai berkemas,aku lihat keaadaan cuaca masih lagi mendung,gerimis masih lagi tidak berhenti,ikutkan hati aku sebenarnya berat juga hati nak tinggalkan rumah ni..

selamat hari mak!!!


malam nih ujan turun lagi..
rahmat dari tuhan..
aku xtau nak buat ape..
nakkuar makan xleh..
kang xsempat sampai kedai mamak
xmasal baju dah kuyup..
aduss..
ujan2 nih sejuk.
sejuk2 nih lapo..
perot lak dah 'berbunyi'
arkk!!

huh?..
hari nih ari pe ek?
bape ari bulan ek?
sembilan haribulan lima dua ribu sepuluh
hari ni HARI IBU
cmne aku leh terlupe tadi
padahal aku da call mak dah tadi..
apsal la aku x egt nak cakap kat mak tadi
sembang punye la lame tapi sikit pon x egt sal HARI IBU nih
patut la k.ani balik umah mak tadi..
ape punye sengal la aku nih..
hoh0..

walaupun mak xde blog atau fesbuk..
jalal tetap nak ucap jugak kat mak..
SELAMAT HARI EMAK..


emak..
mase jalal kecik2 dulu mak selalu dukung jalal
mak selalu belai jalal..
mak selalu mandikan jalal
pakai kan jalal
suapkan jalal
ajar kan jalal
segalanya mak sanggup buat untuk jalal..
walaupun jalal degil kene marah ngan abah kena rotan dengan abah
jalal nangis..
mak jugak yang pujuk jalal
mak jugak yang ubat kan jalal
kalau pegi sekolah tu
mak selalu buat kan jalal bekal
mak akan bekalkan kegemaran jalal mase kecik dulu..
iaitu 'roti telur'
sangat sedap 'roti telur' tu mak..


tapi sekarang nih jalal dah besar..
jalal da pandai jalan sendiri..
jalal da boleh makan sendiri..
boleh pakai sendiri..
boleh belajar sendiri..
boleh buat 'roti telur' sendiri..
tapi 'roti telur' yang mak bekal kan dulu
xsama cam jalal buat sendiri nih
kurang sedapnye..
sekarang abah dah tak rotan jalal lagi
jalal dah tak nangis lagi
mak jugak dah tak pujuk jalal lagi


sempena hari ibu nih..
jalal nak bererima kasih kepada mak
yang telah banyak berkorban untuk jalal sejak dari jalal kecik lagi
sampai lah jalal tinggi cam galah nih..
pergorbanan mak pada jalal
amat jalal hargai
jalal akan kenang sampai bila2..

YA ALLAH,
Kau berkatkan lah kehidupan emak..
Kau murahkan lah rezeki emak..
Kau bagi lah kekuatan pada emak..
Kau sehatkan lah tubuh badan dan akal fikiran emak..
aku mohon pada mu YA ALLAH..
ameenn..



jalal sayang sangat dekat mak!!
ibu engkau lah ratu hatiku..bila ku berduka engkau hiburkan selalu..tempat ku menyerah kasih tiap waktu..sepanjang masa engkau berkoban tidak putusnya bagai air lalu..kau xdapat ku lupakan wahai ibu.. selamat hari ibu!!
^^v

Sunday, May 2, 2010

teratak hijau part 2


Part 2(SEJARAH BURUK)

Aku telah melakukan kesalahan disiplin sehinggakan aku di buang asrama.. dua hari sebelum pengetahuan emak dan abah tentang kejadian yang berlaku,aku menumpang di rumah kawan untuk berteduh semalaman,pada mulanya aku mahu segera pulang ke rumah itu kerana aku teramat rindu pada emak dan abah,tapi apa yang telah berlaku membuatkan aku terpaksa menahan rindu..namun pengetahuan itu sampai juga ke telinga emak dan abah..aku masih lagi di rumah kawan kerana takut untuk pulang ke rumah,jam menunjukkan pukul 0011 aku yang sedang nyenyak tidur dikejut kan oleh kawan aku,”dol,bangun dol,abg kau datang”..aku terkejut dan perasan takut mula menyerap dalam badan aku..aku keluar dari bilik,abg mat hanya memandang dengan muka yang kurang menyenangkan..aku tahu tujuan abg mat datang ke sini untuk apa..aku terus bersiap untuk pulang ke rumah dengan perasaan takut,kerana aku tahu bila sampai di rumah nanti apa yang akan berlaku pada aku..di dalam kereta aku hanya berdiam diri dan berfikir apa yang aku mahu katakan dirumah nanti.. abg mat adalah antara abg yang agak garang antara adik beradik aku..beberapa minit kemudian aku sampai di rumah yang aku rindukan pada dua orang tuan rumah iaitu emak dan abah..tetapi perasaan rindu itu terpaksa aku ketepikan kerana aku harus bersedia untuk dimarahi oleh kedua orang tua aku.”assalamualaikum”aku memberi salam.. aku sangkakan hanya emak,abah dan abg mat sahaja yang ingin memarahi aku pada malam tu,tetapi ada lagi tiga orang yang sedang menanti kepulangan aku dan tidak sabar untuk menjalankan tanggunggjawab sebagai abang pada adiknya yang telah melakukan salah..

Wednesday, April 28, 2010

hanya bunyi katak penghibur hati ^^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pagi cuaca elok..
tengah hari hujan gerimis
petang hujan lebat
malam hujan gerimis
alhamdulilliah syukur kepada NYA
kerana telah memberi rahmat kepada manusia di muka bumi nih
suasana malam nih suram sepi

Ya Allah,
kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa ku
dalam ke'adaan sehat akal fikiran dan tubuh badan
berikan lah mereka berdua kekuatan untuk menghadapi ujian daripada mu
murahkan lah rezeki yang halal bagi mereka berdua
terimalah setiap amalan kebaikan mereka berdua
matikan lah mereka berdua dalam ke'adaan orang yang beriman
tempatkan lah mereka di tempat yang engkau redha
masukan lah mereka di dalam syurga..


Ya Allah,
kau lindungi lah sahabat2 ku dari sebarang bencana
kau capaikan lah segala hasrat dan impian mereka
berikan lah mereka kekuatan untuk mencapai hasrat dan impian mereka
murahkan lah rezeki yang halal bagi mereka
buka kan lah pintu hati mereka untuk sujud kepada mu
tunjukkan lah mereka jalan lurus mu
jauhilah mereka dari hasutan syaitan
jauhilah mereka dari api neraka
masukkan lah mereka kedalam orang-orang Kau terima.


Ya Allah
berikanlah hamba mu ini petunjuk jalan yang benar
buka kan lah pintu hati hamba mu ini
tabah kan lah hamba mu ini meghadapi segala rintangan dan dugaan daripada mu
jauhilah hamba mu ini dari hasutan syaitan
jauhilah hamba mu ini dari malapetaka yang tidak di ingini..
capaikan lah segala hasrat dan impian hamba mu ini
berikan lah kekuatan kepada hamba mu ini untuk berusaha mencapai hasrat dan impian
aku bersyukur atas semua pemberian mu
Ya Allah, berkat kan lah
rezeki,kesihatan,kesejahteraan,kegembiraan,ilmu,kesenangan hati,
dan hubungan sahabat.



Ya Allah,
hanya pada Engkau aku mampu berserah
hanya pada Engkau aku bersujud
tabah kan lah hati hamba mu ini meghadapi dugaan yang telah kau berikan
berkatkan lah umur ku yang tinggal..

aminn..


hujan gerimis masih belum berhenti
begitu melimpah ruah rahmat yang telah diberikan kapada kita
sungguh besar kekuasaan NYA


perasaan nih rase semacam
bila sesuatu perkara berlaku pada malam nih
tersentak rasenya
kerinduan yang teramat sangat
bila melihat wajahnya
sayang yang tak akan pudar di ingatan
sentiasa tersemat dihati
jauh ruang yang memisah
jika kesilapan yang tidak dapat di lihat disini
ampunkan lah.
hujan gerimis macam memahami perasaan
sayu,sedu,suram
hanya bunyi katak jadi penghibur hati

hanyut dalam kegelapan malam gerimis
mengingat kan itu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, April 27, 2010

salah diri

pernah tak kita buat salah?..
pernah tak kita buat baik?..
sudah tentu..
kita cuma manusia biasa yang xpernah lari dari kesilapan dan kebaikan..

berapa banyak kesalahan yang kita buat?
berapa banyak kebaikan yang kita buat?
sudah tentu..
kita bukan komputer untuk save as semua kesilapan dan kebaikan..

adakah kesalahan kita di maafkan?
adakah kebaikan kita di kenangkan?
sudah tentu..
kita hanya melakukan dan tidak mampu untuk mengetahui kesilapan dan kebaikan..


kebaikan atau keburukan lah yang selalu kita bayangkan bagaimana personaliti seseorang itu..
pernah ke kita memerhatikan kebaikan seseorang itu..
pernah ke kita sentiasa mengenang kebaikan seseorang itu..
kita hanya memandang kebaikan seseorang itu bila seseorang itu
terus menerus membuat kebaikan..
tapi hanya dengan sekelip mata saja kebaikan seseorang itu lenyap dalam memori kita
apabila seseorang itu melakukan sedikit kesilapan..
jika kebaikan yang dilakukan selepas itu
tidak lagi kita pandang,
tapi kita hanya memandang kesilapan dari setiap sudut seseorang itu..
mana perginya kebaikan yang selama ini kita simpan
mana perginya pertalian kita dengan seseorang itu..
mengapa kita hanya memandang kapada kebaikan
jika seseorang itu tersilap di mata kita..
kita terus sisih,mencemuh,memaki ..
kenapa..
kita nih xpernah buat silap ke..
ape yang kita buat nih baik ke..
atau kita anggap diri ini adalah terbaik dari orang lain..

seperti di atas,
manusia tak kan lari dari kesilapan dan kebaikan..
kita semua sama..
jika kita memerhatikan kebaikan seseorang
perhatikan lah keburukan nye sekali
dan jangan sesekali kita terus melupakan kebaikannya..
jika sedikit kesilapan yang dilakukan
buruk sekalipun seseorang itu
pasti ada kebaikan di sampingnya..
kerana kita semua manusia yang telah di cipta
dengan taraf yang sama..


ingat lah keburukan kita pada orang,
lupakan lah kebaikan kita pada orang..


..........
......
...
.






Sunday, April 25, 2010

kadang dan tapi



kadang ape yang kite xnak susah nak dapat..
kadang ape kite xnak senang kita dapat..
kadang ade mase kita gembira..
kadang ade mase kite sedih..
kadang perasaan kita nih okeyh..
kadang perasaan kita nih gundah gulana..
kadang kita marah sampai tak ingat dunia
kadang kita benci sampai mati
kadang kita sayang tahap gaban nye..
kadang kita rindu gile2..
kadang pikir kita leh hidup same sampai akhir hayat..
kadang pikir awk saye punye,saye awak punye..
kadang kita xboleh duduk jauh..
kadang kita xboleh duduk dekat..
kadang kita okeyh masalah kecik2..
kadang kita relax selisih paham..
kadang tunggu bila nak sampai tarikh tu..
kadang kita tunggu bila kita nak jumpe..
kadang kita pikir perasaan kita sendiri..
kadang kita pikir kehendak kita sendiri
kadang kita pikir nape jadi camgitu..


tapi kita pikir tak kenapa kita senang nak dapat..
kita pikir tak kenapa kita suke dan duka..
tapi kita pikir x kenapa kita perlu benci dan rindu..
tapi kita pikir x masa depan kita macam mane..
tapi kita pikir x kanape perlu duduk dekat atau jauh..
tapi kita pikir x masalah yang datang uh sebenarnya ape..
tapi kita pikir x kenapa kita sanggup tunggu..
tapi kita pikir x ape yang kita pikir tuh untuk kebaikan bersama..
tapi kita pikir x sebelum kita nak buat..

muhasabah diri.



kita semua perlu terima kesalahan sendiri,
kerana kesalahan sendiri lah kita dapat belajar
untuk terus hidup di dunia yang penuh rintangan.



Saturday, April 24, 2010

kawan sekampung



ni la sebahagian kawan2 sekampung aku..dari kecik sampai la sekarang nih
dorang la hiburan aku dekat kampung tuh
kalo dorang xde rase sunyi je kampung
miss u ma village fren..
haha..


yang nih mase aku sara diri kat depan umah jerk..
mase tuh aku seorang peniaga..
name kedai aku ialah
"FIRE BURGER'
sebab ape name kedai aku cam uh?..
sebab aku nih peniaga burger..
xkan la jual burger nak letak name kedai
fireman pulak..
kenkawan pon ade gak..
kalo dowang xde sunyi le kedai burger aku tuh..
tengs kawan2..



yang nih mase aku ngan dowang belaja sara diri sendiri
at desa cemerlang..
kerja kilang jerk..
uniform yang kitorang pakai nih,sebenarnya bukan uniform kilang
tapi uniform member2 aku yang keje kat pandan seller..
hahaha..saje mempleasing kan gaya..
hahaha..




setiap petang kalo cuaca elok kami semua pegi men futsal
dekat court yang x berapa nak cantik uh..
rajin jugak men futsal nih..
kire da jadi rutin harian dan feveret sukan la nih..
kadang bile ade tournament jerk kitorang akan buat team
pegi join tuornament tuh..
bile da hari2 main futsal..
so, kitorang kat tournament uh pon berjaya mengalah kan team2 yang lain..
team kitorang nih,
ramai gak yang kenal dan gerun bile nak fight..
haha..
tu pun hasil dari court yang x berapa nak elok uh
kalo xde court uh camne kitorang nak men futsal..
tapi skang da ade court baru..
court uh aku snap lagi..
sebab da lame x balik kampung..
T_T



tapi semua tu cepat betul berlalu..
sekarang masing2 dah buat hal masing2..
mane yang kerja,akan terus kerja..
mana yang sambung belajar macam aku nih..
akan terus belajar..
sekarang nih mmg susah kitorang nak bersama macam dulu lagi.
tapi jangan ingat kitorang xleh nak macam dulu lagi..
tunggu lah time semua dapat cuti..
habes riuh kampung di buatnye..
xsabo aku nak tunggu cuti nih..
yearggghhhh!!!!
haha..



..KaWaN-KaWaN
Tak maHU
LaWaN..
(^_*)v


teratak hijau part 1


Part 1 (GERIMIS)

Pagi itu gerimis masih lagi tak berhenti,apek tua dengan hanya bertopi sawah mengayuh basikal tuanya pergi mencari rezeki . Aku duduk di hadapan rumah ni melihat kehebetanNYA menurun kan hujan dan memberhentikan hujan..aku masih teringatkan pada masa tu umur aku lebih kurang 4 tahun, aku menurut kata emak dan abah untuk berpindah ke rumah abg acit..yang agak jauh dari mereka berdua..aku tidak tahu apa sebabnya aku mengikut abg acit..abg acit merupakan abang aku yang sulung..aku hanya pulang ke rumah itu apabila abg acit tidak bekerja, itu pun hanya sebulan 3 kali atau kurang..aku berada di bawah jagaan abg acit sehingga aku berumur 12 tahun,namun selepas tamat sekolah rendah aku di masuk kan ke sekolah berasrama,aku hanya balik ke rumah itu bila ada cuti perayaan sahaja.. pada masa tu aku kecil lagi dan fikiran aku masih lagi terlalu muda,apa yang aku tahu Cuma belajar besungguh-sungguh,kerana itu pesan emak dan abah,tetapi tiap kali hari minggu ibu bapa datang untuk melawat anak mereka namun aku hanya duduk di bilik,kerana ibu bapa aku tak dapat nak melawat aku seperti ibu bapa kawan ku yang lain..”kenapa mak ngan abah tak datang ek?” bisik hati aku.. aku masih lagi dalam tanda tanya sehingga lah aku berumur 15tahun.. pada tahun tu aku masih lagi di asrama,aku semakin lupa akan pesan emak dan abah, aku dah mula berfikiran agresif,aku agak nakal ketika itu dan aku adalah antara pelajar yang mempunyai rekod disiplin..aku tidak tahu apa puncanya aku jadi seperti ini mungkin kah aku kurang kasih sayang dari emak dan abah? Yang selama ini aku hanya duduk di bilik tanpa kehadiran emak dan abah pada hari minggu,seperti kawan-kawan yang lain?..hari tu adalah hari yang telah menjadi permulaan sejarah buruk bagi ku..

Friday, April 23, 2010

manusia dan dunia


Ada banyak hal dalam hidup ini yang membuat kita akhirnya hanya bias termangu,terpegun dan terhenyak sesaat . Entahlahitu dari kejadian yang kecil,ringan dan remeh. Namun ,semua pada akhirnya bermuara pada sebuah kepasrahan. Hujung yang kita fikir selalu menjadi milik bagi orang orang yang kalah dan tak mahu berjuang untuk sesuatu yang diinginkannya.

Setiap kelapangan,berupa kesihatan,keluarga bahagia,pekerjaan yang terjamin ataupun pasangan yang mengerti kita luar dalam. Semua terangkum dalam satu kata bahagia. Hidup jauh lebih inda ketika kita merasa segala sesuatu berada pada jalur yang kita inginkan. Tanpa ada gangguan dan sekian peristiwa yang membuat hidup kita rumit,menderita,susah dan sedih.

Harta juga bahagian daripada hal yang melengkapi kenyamanan hidup kita,tak perlu susah susah untuk mendapatkan apa yang kita mahu,semua serba ada semua serba mudah. Dititik ini lah pertanyaan itu hadir, pernahkah kita bersyukur atas setiap kelapangan yang datang pada kita,yang bermacam macam betuk nya? Apakah kita mengucapkan hamdallah saat kita mendapat setiap ilmu yang diberikan,mengucap terima kasih saat jizi hidup kita dipenuhi,mengucap syukur saat matlamat hidup kita tercapai? Berbisik lembut pada zat YANG MAHA untuk kesihatan prima setiap hari?.

Lalu kemudian,roda pun dipergilirkan.sedikit demi sedikit kesempitan mulai datang. Ketenangan dan kenyamanan hidup kita terusik oleh sesuatu yang kita beri nama “masalah”. Hidup seolah tidak sama lagi,ketika kita sakit sakitan,keluarga bercakaran tak henti henti,wang semakin susut,beban kerja yang datang tak berhenti,sekian masalah yang tanpa kita sedar berulang .”bagaimana kalau nanti begini?”,”bagaimana kalau nanti begini?” dan seterusnya.

Pertanyaan yang sama ,apakah kemudian kalimah syukur itu berhamburan dari lisan kita? Beruntungnya kita masih mampu mengatasi setiap masalah dengan hati yang tenang sebagai kurniaNYA? Tak lepas mengucap handallah atas nikmat lain diluar masalah yang kita hadapi?, lirihnya doa terima kasih atas pujian yang pasti sudah Allah siapkan jalan keluarnya?.