time to see

Monday, May 31, 2010

teratak hijau part 5

Part 5(TERLINTAS)

Sampai di pondok bas, beberapa minit kemudian , bayangan bas kelihatan. Aku berdiri untuk menahan bas,tapi tidak aku jangka bas yang aku ingatkan tadi boleh membawaku ke Bandar,itu adalah bas kilang..”hampeh!”bisik hatiku. Aku kembali ke pondok bas..”hm bas pun boleh main-main kan aku”keluhan seorang penunggu bas seperti aku..tepat pukul 1200 bas yang aku tunggu tiba dan terus membawa para penumpangnya ke bandar.. sampai sahaja di bandar aku terus ke stesen bas yang aku maksudkan pada zam tadi..”oit dol! Aku kat sini”..suara zam memanggil aku..”jom la,aku da belikan tiket untuk kau nih,nanti kau bayar balik dekat aku”..memang kebiasaannya zam sampai di stesen bas dan mendahulukan wangnya untuk membeli tiket bas..”dah la,kau tercegat apa lagi,naik bas la,jap lagi bas nak gerak dah nih”..zam,selepas bersalaman dengan ibubapanya..aku hanya tersenyum melihat ibu bapa zam.. aku meletakan beg aku ke dalam perut bas,aku terus melangkahkan masuk ke dalam bas.. sebelum bas bertolak, aku lihat zam melambaikan tangan ke arah orang tuanya tadi.. dapat di lihat dari air muka kedua orang tua itu dalam keaadaan sedih kerana sungguh cepat terasa masa berlalu untuk mereka melepaskan rindu bersama anaknya semasa bercuti.. sedang aku asyik melihat kedua orang tua itu tadi..mata ku terlintas pandang dengan seorang tua berpakaian jubah lusuh melintasi belakang ibu bapa zam..namun aku tidak menghiraukan kehadiran orang tua itu.. bas mula bergerak dan terus menghilangkan pandangan ku dari kesibukkan di stesen bas.. kini sudah tiba masa yang aku selalu lakukan apabila berada di dalam bas.. aku membetulkan kedudukan supaya berada dalam keaadaan selesa..aku menoleh arah ke kanan dan kekiri melihat keaadaan sekeliling,dan sekarang masa yang sesuai untuk aku………TIDUR..

Sunday, May 23, 2010

hai kawan2 ^^"

selamat hari-hari encik/cik..
aku kat sini bukan nak jual ubat,jual perfume,bukak katalog..
bukan2..tu sume bukan kerja aku tu kerja org yang maen jual2 lah ye.
aku mari sini bukan nak mintak sedekah ke,mintak nasik korang ke ape ke..
tu sume orang yang malas nak kerja la tuh kalo cam uh kan..
insan yang baik datangnya dari hati yang suci, bersih dan teguh pendirian nya ye..
sikap pemalas dalam diri amat lah tidak di senangi oleh mane2 pihak pon
dan tidak akan mendapat "kap ba ra kap alip ta nun" iaitu keberkatan..
jangan sesekali bersikap tamak haloba..
kebiasaanya orang yang tamak ni akan selalu dapat lebih..
tapi tiada keberkatan ye..
ingat lah..bersikap tamak tu adalah rugi sebenarnya..
seperti satu peribahasa.." bagai anjing dengan tulangnya"
jangan korang jadi seperti anjing itu
sebab anjing tu adalah salah satu najis berat di sisi islam..
da elok2 jadi org nak jadi anjing buat ape an..
hesh, jauilah perkara2 yang mungkar tuh..
jika ade kesilapan atau kesalahan pada sesiapa..
segera lah meminta maap pada mereka..
dan pada mereka yang diperlakukan segera lah memaap kan si peminta maap..
oleh itu aku kat sini nak mintak maap kat korang
sebab aku xdapat nak 'upload' cerita "teratak hijau part 5 mingu nih..
ade kesesakan lalu lintas untuk aku meng 'upload'..
aku akan cube secepat yang mungkin untuk 'upload'
ehe..sori ea kawan..maap kan aku tau
^^"

Sunday, May 16, 2010

teratak hijau part 4

Part 4(ABAH dan EMAK)

Aku dapat pulang ke rumah ni hanya sebulan sekali,jarak antara sekolah dan rumah sejauh 90km..zam mengahantar mesej,memberitahu dia sudah bertolak dengan kedua ibu bapanya ke stesen bas..aku lihat jam di tangan menunjukkan pukul 1130..”adik,abah dengan emak mana?” aku tanya adik yang sedang membuat kerja sekolahnya..adik diam menandakan dia tidak tahu dimana kedua orang tuanya..aku mencari emak di dapur dan juga bilik basuh tetapi tidak ada..rupanya emak sedang lena kerana keletihan di bilik.. aku biarkan sahaja kerana tidak mahu meganggu.. tapi di mana pula abah,dari pagi aku tak nampak,setiap kali aku ingin balik ke asrama abah tidak pernah ada dirumah ..jam dah pukul 1200,waktu yang di janjikan dengan zam patut aku laksanakan..aku kebilik emak untuk memberitahu yang aku ingin balik ke asrama.. emak menghulurkan duit sebanyak RM30 untuk tambang bas dan pembelanjaan aku di asrama nanti dan sambung semula lenanya..selepas bersalam dengan emak aku terus bersiap-siap..adik yang sudah tahu aku ingin balik ke asrama berhenti seketika membuat kerja sekolah dan datang kepada aku..”abg nak balik dah ea?”..”a’ah,nanti kirimsalam dekat abah ea dik,cakap abg dah balik tau”aku megusap kepala dan bersalaman dengannya..adik tersenyum dan masuk ke dalam menyambung kerja rumahya..gerimis masih lagi tidak berhenti terpaksa berjalan kaki sejauh 100m di bawah gerimis kerana abg-abg aku semua kerja,tidak ada siapa yang boleh menghantar aku ke pondok bas..

Thursday, May 13, 2010

selamat pagi!!

Selamat pagi!! shedapnya tido sampai mimpikan die(RINDU ^^”).. bebudak kejut ajak kuar makan pon aku xsedar malam tadi..huh..apola bebudak nih xbangun lagi..tau la hari nih xde kelas..syok plak dowang bantai tido..yang aku nih dah terbangun awal pulak..biasanya ngan aku2 pun same cam dowang kol 11,12 nnti la baru bangun jawabnya..hurm ape nak buat ek pepagi gini, nak jogging?xde geng..nak buat sarapan?xde bahan makanan kat umah nih,gula pon xde nak wat air panas..teruk tol..nak men gitar?aduh pepagi men gitar? xmcam bising plak an..da xtau sangat nak wat ape..aku terus menaip yang ntahapeapentah nih..haha.. hurm nak sarap xde mende,nak kuar pepagi gini malas la pulak..nape la xde datang roti canai ngan the 0 panas begolek?..mmg la gile..mane ade the 0 panas datang begolek..kalo datang begolek kompom2 da tumpah..aku menaip nih di temankan dengan alunan lagu yang berjudul ‘sketsa sebuah cinta’..layan gak lagu nih..yelah orang cam aku nih kadang2 suke gak layan lagu2 rock klasik..feeling jerk bila dengar…nak2 pagi2 yang nyaman nih.. aku keluar jap amek udara pagi..fuhh!! segar gila(walaupun xmandi lagi)aku tegok langit,pokok,tanah,rumput burung2 terbang,kereta2 lalu lalang...syukur alhamdulillah pada yang MAHA ESA..kerana aku dapat bangun,menaip,mendengar,keluar rumah,trik nafas yang segar,melihat burung2 beterbangan dan kereta2 lalu lalang..aku dapat melihat kesebokan pagi..syukur ,kerana aku masih lagi dapat meneruskan penjalanan hidup aku hari seperti hari sebelum2 nih..ape yang aku tahu..teruskan hidup selagi ada nyawa..buat yang disuruh tinggal yang dilarang..hehe..aku cakap je pandai..kadang ade juga manusia seperti kita nih tidak dapat menikmati hari esoknya,itu kerana ALLAH telah menjemput nya telebih dahulu daripada kita dan ALLAH lebih menyayangi nya(hadiahkan al-fatihah pada yang sudah tiada)..bagi kita yang masih dapat menghirup udara segar di pagi hari.. bersyukur dan sentiasa bersyukur atas pemberian NYA..tamak,sombong,khianat,batu api jangan lah sesekali kita simpan di dalam diri ini..kerana sikap itu amat di murkai..tanamlah sikap pemurah peramah jujur,baik hati di dalam diri kita nih..semoga sepanjang hidup kita ini di berkati..setiap perbuatan kita ada pembalasan nya..sama ada di dunia ataupun di akhirat sana..syurga untuk yang mentaatiNYA,neraka untuk yang sebalikNYA itu lah janji ALLAH pada hambanya di muka bumi ini..eh, apsal aku rase cam ade air menitis kat kepala aku nih?..huh? gerimis..lariiii masuk dalam kang xmasal basah lappy aku nih..huhu.. ngah syok2 lepak bawah pokok rambutan nih gerimis pagi pun turun..tanda nak hujan nih..tapi tengok lah camne nanti..salah satu rahmat yang diturun kan oleh NYA kepada kita..”YA ALLAH sesungguhnya aku bersyukur atas rahmat dan pemberian Mu”..hurm..dah panjang lebar aku bebel nih..lagu penutup tirai bebelan aku nih berjudul ‘nafisa’..nyanyi sikit..”dikeheningan malam ini aku dihimpit kenangan sejarah cinta mengajarku sepanjang hari sepanjang malam” lalalala~~ da2 cukup jangan lelebih kang dari gerimis terus ke lebat pulak..salam ^^”


Sunday, May 9, 2010

teratak hijau part 3

Part 3(PULANG)

Abg, buat ape kat depan sorang-sorang,berangan la tu,masuk emak ajak sarapan tu”.. adik menegur aku yang dari tadi mengelamun tentang masa silam aku yang dah setahun berlalu..gerimis masih lagi tak berhenti..aku masuk ke dalam dan terus menuju ke dapur..”kau nak balik pukul berapa nanti?”tanya emak yang sedang membuat air..aku hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti lagi untuk balik ke asrama,aku di pindahkan ke sekolah vokasianal selepas kejadian tahun lepas..siap sarapan aku terus masuk ke bilik menukar pakaian..aku pergi ke kedai untuk beli barang-barang keperluan harian yang perlu aku bawa balik ke asrama,dengan menaiki kereta abah,kerana gerimis masih belum berhenti.. “RINGG RINGG!!” telefon bimbit aku berbunyi menanda kan ada orang menelefon aku..”dol,kau balik bila?,macam biasa la kita balik sama ok?” zam di talian,zam kawan satu sekolah dengan aku di teknik vokasional..”ha, yela pukul 1200 aku gerak dari rumah,kau tunggu dekat tempat biasa”jawab aku..tempat biasa itu ialah stesen bas yang memang biasa aku naiki bersama zam bila balik ke asrama.. zam kawan aku,aku kenal dia semasa di sekolah vokasianal tu kerana aku satu kelas dengan dia..jam di tangan aku menunjukkan pukul 1030,selesai aku membeli barang-barang keperluan,aku terus pulang ke rumah dan berkemas..”kau nak balik pukul berapa nih?”tiba-tiba emak masuk ke dalam bilik bertanyakan soalan yang sama pada aku semasa sarapan tadi..aku menyatakan aku balik pada 1200 dan terus bekemas..aku lihat adik berada di meja belajar menyiapkan kerja sekolahnya..selesai berkemas,aku lihat keaadaan cuaca masih lagi mendung,gerimis masih lagi tidak berhenti,ikutkan hati aku sebenarnya berat juga hati nak tinggalkan rumah ni..

selamat hari mak!!!


malam nih ujan turun lagi..
rahmat dari tuhan..
aku xtau nak buat ape..
nakkuar makan xleh..
kang xsempat sampai kedai mamak
xmasal baju dah kuyup..
aduss..
ujan2 nih sejuk.
sejuk2 nih lapo..
perot lak dah 'berbunyi'
arkk!!

huh?..
hari nih ari pe ek?
bape ari bulan ek?
sembilan haribulan lima dua ribu sepuluh
hari ni HARI IBU
cmne aku leh terlupe tadi
padahal aku da call mak dah tadi..
apsal la aku x egt nak cakap kat mak tadi
sembang punye la lame tapi sikit pon x egt sal HARI IBU nih
patut la k.ani balik umah mak tadi..
ape punye sengal la aku nih..
hoh0..

walaupun mak xde blog atau fesbuk..
jalal tetap nak ucap jugak kat mak..
SELAMAT HARI EMAK..


emak..
mase jalal kecik2 dulu mak selalu dukung jalal
mak selalu belai jalal..
mak selalu mandikan jalal
pakai kan jalal
suapkan jalal
ajar kan jalal
segalanya mak sanggup buat untuk jalal..
walaupun jalal degil kene marah ngan abah kena rotan dengan abah
jalal nangis..
mak jugak yang pujuk jalal
mak jugak yang ubat kan jalal
kalau pegi sekolah tu
mak selalu buat kan jalal bekal
mak akan bekalkan kegemaran jalal mase kecik dulu..
iaitu 'roti telur'
sangat sedap 'roti telur' tu mak..


tapi sekarang nih jalal dah besar..
jalal da pandai jalan sendiri..
jalal da boleh makan sendiri..
boleh pakai sendiri..
boleh belajar sendiri..
boleh buat 'roti telur' sendiri..
tapi 'roti telur' yang mak bekal kan dulu
xsama cam jalal buat sendiri nih
kurang sedapnye..
sekarang abah dah tak rotan jalal lagi
jalal dah tak nangis lagi
mak jugak dah tak pujuk jalal lagi


sempena hari ibu nih..
jalal nak bererima kasih kepada mak
yang telah banyak berkorban untuk jalal sejak dari jalal kecik lagi
sampai lah jalal tinggi cam galah nih..
pergorbanan mak pada jalal
amat jalal hargai
jalal akan kenang sampai bila2..

YA ALLAH,
Kau berkatkan lah kehidupan emak..
Kau murahkan lah rezeki emak..
Kau bagi lah kekuatan pada emak..
Kau sehatkan lah tubuh badan dan akal fikiran emak..
aku mohon pada mu YA ALLAH..
ameenn..



jalal sayang sangat dekat mak!!
ibu engkau lah ratu hatiku..bila ku berduka engkau hiburkan selalu..tempat ku menyerah kasih tiap waktu..sepanjang masa engkau berkoban tidak putusnya bagai air lalu..kau xdapat ku lupakan wahai ibu.. selamat hari ibu!!
^^v

Sunday, May 2, 2010

teratak hijau part 2


Part 2(SEJARAH BURUK)

Aku telah melakukan kesalahan disiplin sehinggakan aku di buang asrama.. dua hari sebelum pengetahuan emak dan abah tentang kejadian yang berlaku,aku menumpang di rumah kawan untuk berteduh semalaman,pada mulanya aku mahu segera pulang ke rumah itu kerana aku teramat rindu pada emak dan abah,tapi apa yang telah berlaku membuatkan aku terpaksa menahan rindu..namun pengetahuan itu sampai juga ke telinga emak dan abah..aku masih lagi di rumah kawan kerana takut untuk pulang ke rumah,jam menunjukkan pukul 0011 aku yang sedang nyenyak tidur dikejut kan oleh kawan aku,”dol,bangun dol,abg kau datang”..aku terkejut dan perasan takut mula menyerap dalam badan aku..aku keluar dari bilik,abg mat hanya memandang dengan muka yang kurang menyenangkan..aku tahu tujuan abg mat datang ke sini untuk apa..aku terus bersiap untuk pulang ke rumah dengan perasaan takut,kerana aku tahu bila sampai di rumah nanti apa yang akan berlaku pada aku..di dalam kereta aku hanya berdiam diri dan berfikir apa yang aku mahu katakan dirumah nanti.. abg mat adalah antara abg yang agak garang antara adik beradik aku..beberapa minit kemudian aku sampai di rumah yang aku rindukan pada dua orang tuan rumah iaitu emak dan abah..tetapi perasaan rindu itu terpaksa aku ketepikan kerana aku harus bersedia untuk dimarahi oleh kedua orang tua aku.”assalamualaikum”aku memberi salam.. aku sangkakan hanya emak,abah dan abg mat sahaja yang ingin memarahi aku pada malam tu,tetapi ada lagi tiga orang yang sedang menanti kepulangan aku dan tidak sabar untuk menjalankan tanggunggjawab sebagai abang pada adiknya yang telah melakukan salah..