time to see
Wednesday, April 28, 2010
hanya bunyi katak penghibur hati ^^
Tuesday, April 27, 2010
salah diri
Sunday, April 25, 2010
kadang dan tapi
muhasabah diri.
Saturday, April 24, 2010
kawan sekampung
teratak hijau part 1
Part 1 (GERIMIS)
Pagi itu gerimis masih lagi tak berhenti,apek tua dengan hanya bertopi sawah mengayuh basikal tuanya pergi mencari rezeki . Aku duduk di hadapan rumah ni melihat kehebetanNYA menurun kan hujan dan memberhentikan hujan..aku masih teringatkan pada masa tu umur aku lebih kurang 4 tahun, aku menurut kata emak dan abah untuk berpindah ke rumah abg acit..yang agak jauh dari mereka berdua..aku tidak tahu apa sebabnya aku mengikut abg acit..abg acit merupakan abang aku yang sulung..aku hanya pulang ke rumah itu apabila abg acit tidak bekerja, itu pun hanya sebulan 3 kali atau kurang..aku berada di bawah jagaan abg acit sehingga aku berumur 12 tahun,namun selepas tamat sekolah rendah aku di masuk kan ke sekolah berasrama,aku hanya balik ke rumah itu bila ada cuti perayaan sahaja.. pada masa tu aku kecil lagi dan fikiran aku masih lagi terlalu muda,apa yang aku tahu Cuma belajar besungguh-sungguh,kerana itu pesan emak dan abah,tetapi tiap kali hari minggu ibu bapa datang untuk melawat anak mereka namun aku hanya duduk di bilik,kerana ibu bapa aku tak dapat nak melawat aku seperti ibu bapa kawan ku yang lain..”kenapa mak ngan abah tak datang ek?” bisik hati aku.. aku masih lagi dalam tanda tanya sehingga lah aku berumur 15tahun.. pada tahun tu aku masih lagi di asrama,aku semakin lupa akan pesan emak dan abah, aku dah mula berfikiran agresif,aku agak nakal ketika itu dan aku adalah antara pelajar yang mempunyai rekod disiplin..aku tidak tahu apa puncanya aku jadi seperti ini mungkin kah aku kurang kasih sayang dari emak dan abah? Yang selama ini aku hanya duduk di bilik tanpa kehadiran emak dan abah pada hari minggu,seperti kawan-kawan yang lain?..hari tu adalah hari yang telah menjadi permulaan sejarah buruk bagi ku..
Friday, April 23, 2010
manusia dan dunia
Setiap kelapangan,berupa kesihatan,keluarga bahagia,pekerjaan yang terjamin ataupun pasangan yang mengerti kita luar dalam. Semua terangkum dalam satu kata bahagia. Hidup jauh lebih inda ketika kita merasa segala sesuatu berada pada jalur yang kita inginkan. Tanpa ada gangguan dan sekian peristiwa yang membuat hidup kita rumit,menderita,susah dan sedih.
Harta juga bahagian daripada hal yang melengkapi kenyamanan hidup kita,tak perlu susah susah untuk mendapatkan apa yang kita mahu,semua serba ada semua serba mudah. Dititik ini lah pertanyaan itu hadir, pernahkah kita bersyukur atas setiap kelapangan yang datang pada kita,yang bermacam macam betuk nya? Apakah kita mengucapkan hamdallah saat kita mendapat setiap ilmu yang diberikan,mengucap terima kasih saat jizi hidup kita dipenuhi,mengucap syukur saat matlamat hidup kita tercapai? Berbisik lembut pada zat YANG MAHA untuk kesihatan prima setiap hari?.
Lalu kemudian,roda pun dipergilirkan.sedikit demi sedikit kesempitan mulai datang. Ketenangan dan kenyamanan hidup kita terusik oleh sesuatu yang kita beri nama “masalah”. Hidup seolah tidak sama lagi,ketika kita sakit sakitan,keluarga bercakaran tak henti henti,wang semakin susut,beban kerja yang datang tak berhenti,sekian masalah yang tanpa kita sedar berulang .”bagaimana kalau nanti begini?”,”bagaimana kalau nanti begini?” dan seterusnya.
Pertanyaan yang sama ,apakah kemudian kalimah syukur itu berhamburan dari lisan kita? Beruntungnya kita masih mampu mengatasi setiap masalah dengan hati yang tenang sebagai kurniaNYA? Tak lepas mengucap handallah atas nikmat lain diluar masalah yang kita hadapi?, lirihnya doa terima kasih atas pujian yang pasti sudah Allah siapkan jalan keluarnya?.