time to see

Monday, May 31, 2010

teratak hijau part 5

Part 5(TERLINTAS)

Sampai di pondok bas, beberapa minit kemudian , bayangan bas kelihatan. Aku berdiri untuk menahan bas,tapi tidak aku jangka bas yang aku ingatkan tadi boleh membawaku ke Bandar,itu adalah bas kilang..”hampeh!”bisik hatiku. Aku kembali ke pondok bas..”hm bas pun boleh main-main kan aku”keluhan seorang penunggu bas seperti aku..tepat pukul 1200 bas yang aku tunggu tiba dan terus membawa para penumpangnya ke bandar.. sampai sahaja di bandar aku terus ke stesen bas yang aku maksudkan pada zam tadi..”oit dol! Aku kat sini”..suara zam memanggil aku..”jom la,aku da belikan tiket untuk kau nih,nanti kau bayar balik dekat aku”..memang kebiasaannya zam sampai di stesen bas dan mendahulukan wangnya untuk membeli tiket bas..”dah la,kau tercegat apa lagi,naik bas la,jap lagi bas nak gerak dah nih”..zam,selepas bersalaman dengan ibubapanya..aku hanya tersenyum melihat ibu bapa zam.. aku meletakan beg aku ke dalam perut bas,aku terus melangkahkan masuk ke dalam bas.. sebelum bas bertolak, aku lihat zam melambaikan tangan ke arah orang tuanya tadi.. dapat di lihat dari air muka kedua orang tua itu dalam keaadaan sedih kerana sungguh cepat terasa masa berlalu untuk mereka melepaskan rindu bersama anaknya semasa bercuti.. sedang aku asyik melihat kedua orang tua itu tadi..mata ku terlintas pandang dengan seorang tua berpakaian jubah lusuh melintasi belakang ibu bapa zam..namun aku tidak menghiraukan kehadiran orang tua itu.. bas mula bergerak dan terus menghilangkan pandangan ku dari kesibukkan di stesen bas.. kini sudah tiba masa yang aku selalu lakukan apabila berada di dalam bas.. aku membetulkan kedudukan supaya berada dalam keaadaan selesa..aku menoleh arah ke kanan dan kekiri melihat keaadaan sekeliling,dan sekarang masa yang sesuai untuk aku………TIDUR..

No comments:

Post a Comment