time to see

Sunday, May 2, 2010

teratak hijau part 2


Part 2(SEJARAH BURUK)

Aku telah melakukan kesalahan disiplin sehinggakan aku di buang asrama.. dua hari sebelum pengetahuan emak dan abah tentang kejadian yang berlaku,aku menumpang di rumah kawan untuk berteduh semalaman,pada mulanya aku mahu segera pulang ke rumah itu kerana aku teramat rindu pada emak dan abah,tapi apa yang telah berlaku membuatkan aku terpaksa menahan rindu..namun pengetahuan itu sampai juga ke telinga emak dan abah..aku masih lagi di rumah kawan kerana takut untuk pulang ke rumah,jam menunjukkan pukul 0011 aku yang sedang nyenyak tidur dikejut kan oleh kawan aku,”dol,bangun dol,abg kau datang”..aku terkejut dan perasan takut mula menyerap dalam badan aku..aku keluar dari bilik,abg mat hanya memandang dengan muka yang kurang menyenangkan..aku tahu tujuan abg mat datang ke sini untuk apa..aku terus bersiap untuk pulang ke rumah dengan perasaan takut,kerana aku tahu bila sampai di rumah nanti apa yang akan berlaku pada aku..di dalam kereta aku hanya berdiam diri dan berfikir apa yang aku mahu katakan dirumah nanti.. abg mat adalah antara abg yang agak garang antara adik beradik aku..beberapa minit kemudian aku sampai di rumah yang aku rindukan pada dua orang tuan rumah iaitu emak dan abah..tetapi perasaan rindu itu terpaksa aku ketepikan kerana aku harus bersedia untuk dimarahi oleh kedua orang tua aku.”assalamualaikum”aku memberi salam.. aku sangkakan hanya emak,abah dan abg mat sahaja yang ingin memarahi aku pada malam tu,tetapi ada lagi tiga orang yang sedang menanti kepulangan aku dan tidak sabar untuk menjalankan tanggunggjawab sebagai abang pada adiknya yang telah melakukan salah..

2 comments: