time to see

Friday, June 25, 2010

teratak hijau part 8

Part 8(CEDERA)

Petang itu selepas asar aku turun ke padang menjalani latihan ragbi untuk kejohan sekolah-sekolah vokasional..aku merupakan salah seorang wakil sekolah dalam sukan ragbi..petang itu latihan seperti biasa,lari sebanyak 20 pusingan,membuat rengangan dan mulakan latihan..”ok,kamu main di posisi lastback,kamu main posisi winger, dol,kamu pula main forward macam biasa”suruh cikgu hisham..cikgu hisham merupakan guru kelas aku dan juga jurulatih bagi pasukan ragbi sekolah ini..aku rapat dengan cikgu hisham kerana dia selalu mambantu aku dari segi pembelajaran dan juga sukan ragbi nih..latihan bermula ..aku rasa seronok bila dalam latihan atau permainan kerana segala masalah yang ada,aku ketepikan dan hanya memikirkan untuk tingkatkan lagi keupayaan aku bermain..petang itu membuatkan aku terpaksa berehat untuk beberapa hari atau minggu kerana semasa menjalani latihan tadi aku mengalami kecederaan yang agak teruk, hidung aku patah terkena rempuhan semasa di dalam permaianan,darah mengalir deras keluar dari kedua lubang hidung ku.. “kau ok tak dol?..dongakkan kepala kau,kalau tak darah makin banyak keluar”..pesan cikgu hisham yang sedang memandu laju keretanya pergi ke klinik..malam itu aku membuat panggilan kepada abah..aku menyatakan kejadian yang berlaku pada petang tadi..abah memesan supaya jangan mejalani latihan sehingga aku pulih..namun tiada sepatah ayat pun keluar dari mulut abah untuk datang melawat aku..hari berganti hari,lebih kurang seminggu juga aku tidak mengikuti latihan,kini keadaan aku semakin pulih dan dapat menjalani latihan seperti biasa.. pada latihan hari itu aku melihat seorang ayah datang melihat anaknya yang sedang berlatih, tapi abah?..hm aku hanya melihat dan teruskan latihan seperti biasa..

No comments:

Post a Comment