time to see

Sunday, May 9, 2010

teratak hijau part 3

Part 3(PULANG)

Abg, buat ape kat depan sorang-sorang,berangan la tu,masuk emak ajak sarapan tu”.. adik menegur aku yang dari tadi mengelamun tentang masa silam aku yang dah setahun berlalu..gerimis masih lagi tak berhenti..aku masuk ke dalam dan terus menuju ke dapur..”kau nak balik pukul berapa nanti?”tanya emak yang sedang membuat air..aku hanya mengangkat bahu tanda tidak pasti lagi untuk balik ke asrama,aku di pindahkan ke sekolah vokasianal selepas kejadian tahun lepas..siap sarapan aku terus masuk ke bilik menukar pakaian..aku pergi ke kedai untuk beli barang-barang keperluan harian yang perlu aku bawa balik ke asrama,dengan menaiki kereta abah,kerana gerimis masih belum berhenti.. “RINGG RINGG!!” telefon bimbit aku berbunyi menanda kan ada orang menelefon aku..”dol,kau balik bila?,macam biasa la kita balik sama ok?” zam di talian,zam kawan satu sekolah dengan aku di teknik vokasional..”ha, yela pukul 1200 aku gerak dari rumah,kau tunggu dekat tempat biasa”jawab aku..tempat biasa itu ialah stesen bas yang memang biasa aku naiki bersama zam bila balik ke asrama.. zam kawan aku,aku kenal dia semasa di sekolah vokasianal tu kerana aku satu kelas dengan dia..jam di tangan aku menunjukkan pukul 1030,selesai aku membeli barang-barang keperluan,aku terus pulang ke rumah dan berkemas..”kau nak balik pukul berapa nih?”tiba-tiba emak masuk ke dalam bilik bertanyakan soalan yang sama pada aku semasa sarapan tadi..aku menyatakan aku balik pada 1200 dan terus bekemas..aku lihat adik berada di meja belajar menyiapkan kerja sekolahnya..selesai berkemas,aku lihat keaadaan cuaca masih lagi mendung,gerimis masih lagi tidak berhenti,ikutkan hati aku sebenarnya berat juga hati nak tinggalkan rumah ni..

No comments:

Post a Comment