time to see

Monday, June 7, 2010

teratak hijau part 6

Part 6(SESI PENDAFTARAN)

Setahun berlalu,sekarang aku berada di tingkatan 5 dan menjadi senior..sesi pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru bermula hari ini.. kelihatan suasana agak sibuk,semua guru terpaksa berkerja lebih hari ini..ibu bapa pelajar baru pula sibuk mengangkat barang-barang anak mereka masuk ke asrama,ada juga yang mengemaskan almari dan juga menyarungkan cadar pada katil,membiarkan anak mereka duduk dan melihat sahaja kerja-kerja yang sepatutnya anak mereka yang patut lakukan..aku dapat lihat, sebelum pulang mereka bersalaman dan si ibu menangis kerana mula pada hari itu si ibu akan jauh dengan anaknya..itu menandakan si ibu sayang pada anaknya.. suasana ini sama seperti tahun lepas semasa sesi pendaftaran aku.. semua ibu bapa bekelakuan sama seperti hari ini mengangkat, mengemas dan sebagainya.. tetapi tidak bagi aku.. pada tahun lepas aku mendaftar tanpa iringan emak dan abah..aku mendaftar seorang diri.. mengangkat,mengemas pun sendiri..aku tidak tahu bagaimana rasanya bila si ibu memeluk anaknya sehinggakan mengalir air mata pada hari itu..aku hanya duduk di birai katil dan melihat suasana yang sama seperti aku lihat pada hari ini..azan zohor telah berkumandang..langsung aku tinggalkan suasana tadi dan pergi ke surau menunaikan solat zohor..”hey dol,tunggu aku”..zam memanggil untuk pergi ke surau bersama..selesai solat aku dan zam terus ke dewan makan untuk mengisi perut yang kosong sejak pagi tadi..”dol,kau perasan tak tadi mak budak tu nangis,sebab nak tinggal kan anak dia kat asrama,hehe”..”ala kau pun sama jugak masa tahun lepas,bukan mak kau je yang nangis,dengan kau sekali pun nangis,takut kena tinggal”..sindir aku dan menyebabkan zam tersedak..”shh shh sudah kau nih,segan la aku bila budak lain tahu”..aku dan zam ketawa kerana menganggap perbualan tadi kelakar..”

No comments:

Post a Comment