time to see

Sunday, May 16, 2010

teratak hijau part 4

Part 4(ABAH dan EMAK)

Aku dapat pulang ke rumah ni hanya sebulan sekali,jarak antara sekolah dan rumah sejauh 90km..zam mengahantar mesej,memberitahu dia sudah bertolak dengan kedua ibu bapanya ke stesen bas..aku lihat jam di tangan menunjukkan pukul 1130..”adik,abah dengan emak mana?” aku tanya adik yang sedang membuat kerja sekolahnya..adik diam menandakan dia tidak tahu dimana kedua orang tuanya..aku mencari emak di dapur dan juga bilik basuh tetapi tidak ada..rupanya emak sedang lena kerana keletihan di bilik.. aku biarkan sahaja kerana tidak mahu meganggu.. tapi di mana pula abah,dari pagi aku tak nampak,setiap kali aku ingin balik ke asrama abah tidak pernah ada dirumah ..jam dah pukul 1200,waktu yang di janjikan dengan zam patut aku laksanakan..aku kebilik emak untuk memberitahu yang aku ingin balik ke asrama.. emak menghulurkan duit sebanyak RM30 untuk tambang bas dan pembelanjaan aku di asrama nanti dan sambung semula lenanya..selepas bersalam dengan emak aku terus bersiap-siap..adik yang sudah tahu aku ingin balik ke asrama berhenti seketika membuat kerja sekolah dan datang kepada aku..”abg nak balik dah ea?”..”a’ah,nanti kirimsalam dekat abah ea dik,cakap abg dah balik tau”aku megusap kepala dan bersalaman dengannya..adik tersenyum dan masuk ke dalam menyambung kerja rumahya..gerimis masih lagi tidak berhenti terpaksa berjalan kaki sejauh 100m di bawah gerimis kerana abg-abg aku semua kerja,tidak ada siapa yang boleh menghantar aku ke pondok bas..

No comments:

Post a Comment