time to see

Monday, June 14, 2010

teratak hijau part 7

Part 7(HUKUMAN)

Eh, dol aku tak pernah nampak la mak ayah kau,tahun lepas ada tak mereka datang melawat kau?”..”tak pernah masa daftar dulu pun aku sorang je”..jawab aku ringkas..sesudah makan aku dan zam balik ke bilik masing-masing dan bersiap untuk turun ke bilik belajar membuat kerja sekolah..waktu begini sememangnya penghuni asrama ini akan turun ke bilik belajar untuk membuat kerja sekolah atau pun mengulang kaji kerana peraturan nya telah ditetapkan..belum sempat aku mengeluarkan buku dan alat tulis,perasaan mengantuk menyelubungi aku..angin kipas menyebabkan aku semakin selesa terus membuat kan aku terlena..”sapa yang tidur tu bangun,dan keluar sekarang!”..aduh warden datang ,nasib tak baik la nampaknya..dengan keaadaan mengantuk,aku dan beberapa lagi kawan yang tidur di bilik belajar terpaksa keluar..”macam biasa,ok?”kami yang tadinya tidur di bilik belajar sudah faham apa hukuman yang akan diberi oleh warden..hukuman yang terpaksa aku dan kawan-kawan lakukan ialah ‘tidur’, bukan dibilik belajar ataupun bilik tidur..tetapi di tengah gelanggang badminton tanpa pelindungan apa-apa dari terikan matahari sehinggalah waktu asar..matahari yang tengah tegak melangit sedikit awan pun tak melindungi kepanasannya..kalau macam tu siapa yang boleh tidur dalam keaadaan yang begitu,jadi terpaksa lah aku dengan yang lain-lain baring menahan panas bagai nak menggelegak otak ,apa yang membingbangkan lagi ialah keadaan warna kulit aku semakin gelap..”argghh tidak,hitam lah aku pasni” ..itulah hukuman yang akan dikenakan kepada sesiapa yang tidur di bilik belajar..”kau la nih,tak kejutkan aku”biasalah tu bila dah salah,mula nak salahkan kawan-kawan yang lain..

No comments:

Post a Comment