time to see

Saturday, April 24, 2010

teratak hijau part 1


Part 1 (GERIMIS)

Pagi itu gerimis masih lagi tak berhenti,apek tua dengan hanya bertopi sawah mengayuh basikal tuanya pergi mencari rezeki . Aku duduk di hadapan rumah ni melihat kehebetanNYA menurun kan hujan dan memberhentikan hujan..aku masih teringatkan pada masa tu umur aku lebih kurang 4 tahun, aku menurut kata emak dan abah untuk berpindah ke rumah abg acit..yang agak jauh dari mereka berdua..aku tidak tahu apa sebabnya aku mengikut abg acit..abg acit merupakan abang aku yang sulung..aku hanya pulang ke rumah itu apabila abg acit tidak bekerja, itu pun hanya sebulan 3 kali atau kurang..aku berada di bawah jagaan abg acit sehingga aku berumur 12 tahun,namun selepas tamat sekolah rendah aku di masuk kan ke sekolah berasrama,aku hanya balik ke rumah itu bila ada cuti perayaan sahaja.. pada masa tu aku kecil lagi dan fikiran aku masih lagi terlalu muda,apa yang aku tahu Cuma belajar besungguh-sungguh,kerana itu pesan emak dan abah,tetapi tiap kali hari minggu ibu bapa datang untuk melawat anak mereka namun aku hanya duduk di bilik,kerana ibu bapa aku tak dapat nak melawat aku seperti ibu bapa kawan ku yang lain..”kenapa mak ngan abah tak datang ek?” bisik hati aku.. aku masih lagi dalam tanda tanya sehingga lah aku berumur 15tahun.. pada tahun tu aku masih lagi di asrama,aku semakin lupa akan pesan emak dan abah, aku dah mula berfikiran agresif,aku agak nakal ketika itu dan aku adalah antara pelajar yang mempunyai rekod disiplin..aku tidak tahu apa puncanya aku jadi seperti ini mungkin kah aku kurang kasih sayang dari emak dan abah? Yang selama ini aku hanya duduk di bilik tanpa kehadiran emak dan abah pada hari minggu,seperti kawan-kawan yang lain?..hari tu adalah hari yang telah menjadi permulaan sejarah buruk bagi ku..

2 comments: